Sabtu, 14 April 2018

Antonov Flight Cargo Terbesar di Dunia Mendarat KLIA 7am 14April2018

#Antonov An-225 Mriya, Kapal kargo terbesar di dunia ini akan mendarat di Kuala Lumpur Int'l Airport (KLIA) pada jam 7 pagi esok, 14 April 2018 dari King Fahd Int'l Airport (DMM), Dammam, KSA.

Sekarang berada di ruang udara Raqi, Oman.

Bertolak dari Leipzig Halle Airport (LEJ), Germany pada 11 April dan landed di King Fahd Int'l Airport (DMM), Dammam, KSA.

🇺🇦 #AntonovDesignBureau
🇺🇦 #Antonov #An225 #Mriya
® #UR82060

Antonov An-225 Mriya
Lenght :- 84 m
Width :- 88.4 m
Height :- 18.1 m
Empty Weight :- 285,000 kg
Max takeoff weight :- 640,000 kg
Max speed :- 850 km/h
Max range :- 15,400km

Selasa, 3 April 2018

10 Booster Yang Menaikkan Nilai Hartanah


Orang kaya akan memilih tempat yang sunyi dan tidak bising untuk kehidupan yang lebih baik dan kemajuan perusahaan yang di miliki


Semakin banyak booster yang ada, semakin ramai orang berkerumun di kawasan itu. Tahu-tahu saja, kawasan tersebut jadi kawasan ‘hot spot’. Jadi makin ramailah yang ingin melabur dan membeli hartanah di kawasan tersebut. Hasilnya, nilai hartanah di kawasan tersebut akan naik!


1. Infrastruktur



Yang ini keperluan ‘basic’- lebuhraya dan pengangkutan awam wajib ada.

Tapi ingat! Ciri- ciri lebuhraya berdekatan yang kita nak ialah dekat dengan ‘entrance’ atau ‘exit’, bukan dekat tepi lebuhraya. Nanti bising dan udara tercemar.

Sama juga dengan pengangkutan awam, kita nak supaya rumah kita dekat dengan STESEN pengangkutan awam, bukan dekat dengan laluan pengangkutan awam yang bising. Jarak di antara rumah dan stesen pengangkutan awam seeloknya dalam radius 1 kilometer iaitu jarak jalan kaki. Jika terdapat ciri-ciri ini, barulah kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut dikira hebat.

2. Pusat Membeli-Belah


Sebelum itu, perlu tahu tak semua pusat membeli-belah boleh ‘boost’ nilai hartanah. Keadaan dan direktori pusat membeli-belah sangat memainkan peranan. Pusat membeli-belah yang ideal perlu ada pasaraya, medan selera, tempat letak kereta, panggung wayang, dan zon kanak-kanak. 

3. Pusat Pengajian


Pusat pengajian dijamin boleh menaikkan nilai sesebuah hartanah. Sebuah universiti mempunyai beribu-ribu pelajar dan beratus-ratus pensyarah serta staf dan sudah pasti mereka akan mencari rumah berdekatan universiti. Begitu juga dengan sekolah antarabangsa yang akan menarik minat golongan ekspatriat untuk mendiami atau menyewa di kawasan ini.
Semakin banyak permintaan, semakin tinggi nilai rumah.

4. Kawasan Industri


Sama seperti pusat pengajian, kawasan industri akan mendatangkan beribu-ribu pekerja yang akan memburu rumah di kawasan berdekatan. Sebagai contoh, kilang, lapangan terbang, dan kawasan industri antarabangsa yang dipenuhi golongan ekspatriat. Nilai hartanah berdekatan kawasan ini gerenti akan meningkat.

5. Hospital


Kewujudan hospital juga membolehkan nilai hartanah di sesebuah kawasan meningkat. Kemudahan ini penting dan sangat diambil kira terutama oleh golongan berumur dan warga emas.

6. Pusat Hiburan


Pusat hiburan misalnya Legoland, Kidzania, mahupun â€˜fun fair’ boleh menjadi tarikan pengunjung untuk melawat ke kawasan tersebut. Jadi, hartanah berbentuk homestay atau hotel sangat sesuai dibina di kawasan-kawasan seperti ini. Nilainya pasti tinggi dek kerana permintaan yang tak putus-putus.

7. Pemandangan


Pembeli rumah sangat gemarkan pemandangan kehijauan atau kebiruan seperti taman-taman, kelab golf, kolam renang, dan tepi laut. Inilah sebab kadang-kala unit rumah berlainan harganya walaupun jenisnya sama. Unit yang mempunyai pemandangan lebih cantik lebih tinggi nilainya.

8. Pusat Tarikan Pelancong


Malaysia menerima purata kunjungan pelancong seramai 2 juta orang setahun. Bayangkan berapa ramai pelancong dan pengunjung yang akan berlumba-lumba mencari hotel dan juga homestay berdekatan pusat tarikan pelancong seperti KLCC, Sunway Lagoon, Jonker Street, dan sebagainya. Begitu juga kepada golongan ekspatriat yang gemarkan kediamaan di kawasan â€˜hot spot’ ini. Jadi, wajarlah hartanah berdekatan pusat tarikan pelancong meningkat nilainya.

9. Projek Mega


Syarat projek mega mestilah bernilai RM1 bilion ke atas. Mengapa hartanah berdekatan projek mega akan naik? Seperti namanya sendiri, projek mega bakal mendatangkan sesuatu yang besar. Ia berpotensi menjadi mercu tanda atau pusat komersial yang menjanjikan peluang pekerjaan yang besar di mana pada akhirnya akan mendatangkan permintaan hartanah yang tinggi di kawasan berdekatan. Contoh projek mega ialah Bandar Malaysia di Sungai Besi dan Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur.

10. Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD)


TOD ialah hartanah bercampur seperti rumah, pejabat, dan runcit yang disokong oleh infrastruktur rel. Dalam kata lain, pembangunan ini bersambung terus ke laluan MRT dan LRT. Ramai pembeli hartanah sekarang memburu kawasan TOD ini sebab sesuai dengan gaya hidup bandar moden. Disebabkan rebutan ini, rumah yang dibina dalam kawasan TOD makin meningkat nilainya.

-JM

Ahad, 1 April 2018

Medan Selera di Genting Highland (halal) - Sky Avenue






Genting Highland (GH) sebagaimana yang kita tahu, ia adalah tempat yang paling sejuk di semenanjung Malaysia.

Melakukan perjalanan kesana agak mencabar dan jika kemahiran pemanduan anda beginner anda dinasihatkan mengambil public transport seperti bas atau skycable.



Sejak awal tahun 2018, Genting Highland Premium Outlet dibuka, tempat tersebut dipenuhi setiap hari dan kebanyakan pengunjung juga adalah daripada kalangan orang melayu sama ada mereka datang dengan keluarga serta trip dengan kawan kawan. GPO ni menawarkan harga yang lebih murah daripada butik2 premium di Kuala Lumpur. Cuma kami ingatkan supaya berhati hati jika membeli barangan fragrance/make up kerana kebanyakkan yang dijual murah kerana tarikh luput sudah hampir dan ada juga dah expired.

Jika anda menginap di GH anda akan mendapat kesukaran untuk mencari makan malam atau sarapan pagi yang halal dan harga berpatutan.

GH menerima pelancong luar negara hampir setiap jam, jadi kewujudan Malaysian Food Street adalah sangat dialu alukan, tetapi Malaysian Food Street ini non halal bagi pengunjung islam, dan kebanyakkan premium restoran menawarkan makanan non halal dan halal, ia amat meragukan bagi pengunjung muslim.


Genting mengambil inisiatif yang terbaik dengan membuka sebuah medan selera yang 100% halal, lokasinya adalah di bawah CinemaMax, G floor, meja dan kerusi sangat banyak serta kemudahan tempat basuh tangan.

Jenis jenis makanan pula seperti Nasi Bariyani Ayam/Daging/Ikan, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Lemak, Variety Noodle dan Variety Western delight, minuman pula bermacam jenis ada,


Harga? Paling mahal RM12.00-RM23.00 agak murah jika dibandingkan dengan restoran premium lain

Akhir sekali, pembinaan outdoor theme park CenturyFox masih jauh lagi perjalanan untuk siap dan di buka, nanti kami akan kongsikan beberapa gambar exclusive bersama kabus sky timelines yang super cantik.


progress pembinaan outdoor theme park
nice sky view

antara pemandangan yang sangat cantik pada waktu pagi




pemandangan yang cantik dari bilik theme park view


Untungnya dapat bilik theme park view adalah, bilik tidak berbau rokok bila kita buka tingkap, bilik bilik di hotel first world tidak mempunyai penghawa dingin dan ianya lebih nyaman tanpa penghawa dingin

~JM 30hb March 2018

Cukai SST 2.0 Yang Patut Anda Tahu dan Fahami

Baru-baru ini,  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)  atau Royal Malaysian Customs Department (RMC) telah mengeluarkan dokumen bertajuk G...