Jumaat, 20 Julai 2018

Selesai Sesuatu Masalah Dengan AlQuran dan Hadis

Rata rata orang islam sekarang dah tinggalkan quran sebagai panduan hidup, salah satunya sebab tidak faham apa isi kandungan quran, membaca quran semata mata baca, berlagu bertaranum, tapi cuba memahami isi kandungan dan praktikkannya.

Jauh sekali umat bani melayu islam ni, itulah yang semakin hari semakin menjauhkan diri dengan quran dan rasa diri lebih hebat dr Allah dlm menyelesaikan apa sahaja masalah.

Umpama mereka mengatakan "tuhan duk diam diam di atas, masalah manusia biar manusia yang selesaikan" begitulah kaum kaum liberal dan sekular ni cuba sampaikan kepada org islam lain.

Bila ada yang berkeyakinan hendak selesaikan masalah dengan quran, ada sahaja yang akan kata "jgn tafsir ikut nafsu sendiri".

Diaorg ni ingat quran ni mcm bola kristal yang sama mcm dlm animasi fairytale ke?

Cubalah positif optimis sikit dengan Allah dan Quran Nya.

"Ramai y tunggang agama"
Istilah yang selalu digunakan oleh orang orang yang tidak beriman dan bertakwa kepada para alim ulama.

Mereka silap, mereka tidak nampak apa yang mereka katakan, malah mereka tidak fahami pun.

Alim ulama melakukan sesuatu dlm skop batas agama, tidak melanggar larangan Allah, tidak menderhaka, tidak merosakkan akidah serta dipandu oleh Al quran.

Ini kerana para muslim ada matlamat hakiki afterlife bukan di dunia sahaja mereka nak dpt keredhaan Allah, tapi selepas mati pun ada kehidupan lagi.

Orang bukan islam, mereka hendak capai apa sahaja dlm kehidupan sekarang, mereka tiada matlamat afterlife, jd mereka akan buat apa sahaja utk dpt apa y mereka hajati dan inginkan semata mata kepuasan diri dan hidup.

Org islam dalam dunia yang tidak pasti yang mana satu berita benar dan palsu ini atau lebih dikenali zaman fitnah ni, senang2 je terikut2 apa y org bukan islam bawakan idealogi, mereka bawakan ideologi y menampakkan fit dengan orang islam tetapi secara mendalamnya tidak fit dengan akidah umat islam.

Sehingga segelintir umat islam secara sempitnya berfikir secara human right, bukan secara fitrah kejadian manusia.

Human right adalah hak y di tuntut dengan keinginan nafsu manusia bukan hak y diberikan atas fitrah kejadian manusia.

Maka berhati2lah kerana zaman y susah nk nilai yang mana benar yang mana bathil ni.

~JM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cukai SST 2.0 Yang Patut Anda Tahu dan Fahami

Baru-baru ini,  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)  atau Royal Malaysian Customs Department (RMC) telah mengeluarkan dokumen bertajuk G...