Rabu, 7 Mac 2018

Panduan Mengisi Borang e-Filing Cukai Pendapatan




Untuk yang bekerja serta bergaji, akhir bulan February akan mnerima Borang EA.
Tempoh untuk anda declare pendapatan anda pada Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) adalah s ehingga akhir bulan April setiap tahun

Menjadi kerisauan orang ramai adalah bagaimana cara untuk mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN. dan membuat tuntutan lebihan bayaran kepada LHDN. jika anda bernasib baik, anda akan dapat pulangan lebihan bayaran lebih kurang sebulan selepas tarikh tutup pengisytiharan pendapatan.

Berikut adalah langkah langkah yang perlu anda ambil untuk mengisi borang e-Filing secara online di rumah atau di kaunter LHDN




 * Bagi menggunakan ezHASiL sistem, anda dikehendaki untuk menyenggara tetapan di Pelayar Web anda. Sila ikuti langkah-langkah berikut :

1. Internet Explorer 

Tools -> Internet Options -> Privacy -> Pop-up Blocker. Klik pada kotak “Turn On pop-up Blocker” untuk membuang tanda √.

2. Google Chrome

Settings -> Privacy -> Contents settings -> Pop-ups. Klik pada pilihan “Allows all sites to show pop-ups”.

3. Safari

Settings. Pilih “Block Pop Up Windows” untuk membuang tanda √.

A. Langkah -langkah berikut 

AKSES KE LAMAN WEB ezHASiL

Layari laman web rasmi ezHASiL di pautan https://ez.hasil.gov.my/

1. Log masuk
Fungsi ini digunapakai oleh pengguna samada individu atau organisasi. Setiap pengguna mestilah mengaktifkan No.PIN dahulu pada Login Kali Pertama bagi memperoleh sijil digital terlebih dahulu.

a. Layari pautan https://ez.hasil.gov.my/

b. Masukkan No.Pengenalan dan juga Kata Laluan yang tepat, dan klik butang Hantar.

2. e-Borang


Pengguna akan dipaparkan skrin Perkhidmatan apabila telah berjaya log masuk sistem ezHASiL.



i. Klik pautan e-Borang di bawah menu e-Filing. Sistem ezHASiL akan memaparkan skrin eBorang seperti di bawah. 

ii. Pada skrin e-Borang, pilih jenis borang dan klik tahun taksiran yang berkaitan.


iii. Skrin borang e-BE akan dipaparkan. Maklumat pada borang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu: 
a. Maklumat Individu 
b. Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan 
c. Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai 
d. Rumusan


 
 iv. Pada skrin Maklumat Individu, ruangan maklumat yang bertanda (*) adalah mandatori untuk diisi. Maklumat yang telah diisi akan disimpan apabila pengguna klik pada “tab” yang seterusnya. 

a. Klik butang Nota Penerangan BE untuk Penerangan mengenai borang BE 

b. Klik pautan English untuk borang BE dalam versi Bahasa Inggeris





ii. Pada skrin Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan, maklumat berkenaan penggajian akan dipaparkan. Pengguna boleh mengisi maklumat berkenaan pendapatan pada skrin ini.


 


iii. Pada skrin Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai, pengguna boleh mengisi maklumat untuk pelepasan cukai. Penerangan boleh diperolehi sekiranya tetikus digerakkan pada simbol  






iv. Pada skrin Rumusan, rumusan cukai akan dipaparkan sama ada pengguna mempunyai “Lebihan Bayaran” atau “Baki Cukai Kena Dibayar”. Pengguna juga boleh menyemak semula rumusan maklumat yang telah diisi seperti “Jumlah Pendapatan”. Tekan butang Teruskan untuk menghantar pengisytiharan borang.

 



v. Pada skrin Akuan, Terdapat 3 pilihan menu pada skrin ini iaitu:

a. Cetak Draf Borang – Mencetak draf borang dalam bentuk .PDF 
b. Tandatangan & Hantar - Untuk menghantar e-Borang 
c. Kembali – Kembali ke skrin yang sebelumnya 


Tekan butang Tandatangan & Hantar untuk menghantar e-Borang. 




vi. Apabila butang Tandatangan & Hantar ditekan, skrin Tandatangan akan dipaparkan. Masukkan No Pengenalan dan Kata Laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisi. Huruf besar atau kecil yang dimasukkan hendaklah tepat seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.







vii. Skrin Pengesahan Penerimaan e-BE Bagi Tahun Taksiran XXXX seperti di atas akan dipaparkan. Terdapat 3 butang pada skrin ini iaitu : 


a. Butang Simpan & Cetak Pengesahan - Untuk menyimpan dan mencetak slip pengesahan penerimaan borang. 

b. Butang Simpan & Cetak e-BE – Untuk menyimpan dan mencetak salinan e- Borang 

c. Butang Keluar – Untuk keluar dari e-Borang 



                                       Masih pening dengan apa yang patut dan di benarkan dalam tax refund?


Tunggu entry kami yang seterusnya

-JM















 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cukai SST 2.0 Yang Patut Anda Tahu dan Fahami

Baru-baru ini,  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)  atau Royal Malaysian Customs Department (RMC) telah mengeluarkan dokumen bertajuk G...