Jumaat, 31 Ogos 2018

Cukai SST 2.0 Yang Patut Anda Tahu dan Fahami



Baru-baru ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) atau Royal Malaysian Customs Department (RMC) telah mengeluarkan dokumen bertajuk GUIDE ON PROPOSED SALES TAX RATES FOR VARIOUS GOODS versi 2.0.


Tetapi sebelum itu, ambil tahu dulu apa itu cukai jualan:

SKOP CUKAI JUALAN

Akta Cukai Jualan 2018 adalah terpakai di seluruh Malaysia, tidak termasuk kawasan yang ditetapkan dan kawasan khas. Cukai jualan adalah cukai seperingkat yang dikenakan dan dilevikan ke atas semua barang-barang kena cukai yang diimport atau dikilangkan di Malaysia.

Pengenaan Cukai Jualan

Di bawah seksyen 8, cukai jualan dikenakan dan dilevikan ke atas semua barang kena cukai:

(i) Dikilangkan dan dijual, digunakan atau dilupuskan di Malaysia oleh pengilang berdaftar; atau

(ii) Diimport ke Malaysia oleh mana-mana orang.

Cukai jualan dikenakan, dilevikan dan kena dibayar ke atas apa-apa pengimportan barang ke Malaysia dan dianggap sebagai duti kastam atau duti eksais dan seolah-olah pengimportan tersebut adalah berduti dan dikenakan duti kastam atau duti eksais.

Kadar Cukai Jualan

Cukai jualan adalah cukai ad valorem dan kadar yang berbeza dikenakan mengikut kumpulan barang kena cukai. Cukai jualan bagi petroleum dikenakan pada kadar tertentu yang berbeza dari barangan kena cukai lain. (Buat masa ini cukai jualan adalah pada kadar 5% dan 10%)

Seksyen 10 Akta Cukai Jualan 2018 memberi Menteri kuasa untuk menetapkan pelbagai kadar cukai jualan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 2018 yang dikenakan ke atas barang-barang kena cukai yang tidak dikecualikan oleh Menteri Kewangan menerusi Perintah Pengecualian Cukai Jualan yang berkuat kuasa pada 1 September 2018.

Sumber: Laman Web MySST – Cukai Jualan (fail PDF)

Panduan Berkenaan Kadar Cukai Jualan Yang Dicadangkan Bagi Pelbagai Barangan

Haiwan Hidup – Semuanya dikecualikan cukai (0%)

Daging – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%

Ikan & Binatang Laut – Kebanyakannya 0% dan 10%, Ada juga 5%

Sarang Burung & Madu – 5%

Telur – Semuanya dikecualikan cukai (0%)

Susu & Barangan Tenusu – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%

Pokok Hidup & Tumbuhan Hiasan – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%

Sayur-sayuran – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%

Buah-buahan & Kacang – Hampir 70% dikecualikan cukai, Sedikit 5%

Rempah – Semuanya dikecualikan cukai (0%)

Kopi & Teh – Semuanya dikecualikan cukai (0%)

Bijirin – Semuanya dikecualikan cukai (0%)

Tepung & Kanji – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%

Isi Kelapa Kering – Semuanya dikecualikan cukai (0%)

Kacang Tanah – 5%

Minyak Bijian – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%

Bahagian Pokok – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%

Kacang Soya – Semuanya dikecualikan cukai (0%)

Ekstrak Sayur-sayuran – Semuanya dikecualikan cukai (0%)

Daun Sayur-sayuran & Produk Sayur-sayuran Lain – 0%

Lemak & Minyak – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%

‘Preparations of Crustaceans, Molluscs or Other Aquatic Invertebrates’ – 5%

Persediaan Ikan – Semuanya dikecualikan cukai (0%)

Persediaan Daging – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%

Gula & Konfeksioneri Gula – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%, Sedikit 10%

Koko & Persediaan Koko – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Mi & Pasta – Semuanya dikecualikan cukai (0%)

Persediaan Bijirin, Tepung, Kanji atau Susu – Hampir semuanya 0%, Ada 5%, Sedikit 10%

Persediaan Sayur-sayuran, Buah-buahan, Kacang atau Bahagian Lain Pokok – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%

Persediaan Boleh Dimakan Yang Lain – Hampir semuanya 5%, Sedikit 0%

Minuman, Alkohol & Cuka – Hampir semuanya 10%, Ada 5%, Sedikit 0%

Makanan Binatang – Semuanya dikecualikan cukai (0%)

Tembakau & Pengganti Tembakau Yang Dikilangkan – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Produk Galian – Semuanya dikecualikan cukai (0%)

Bahan Kimia – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%

Produk Farmaseutikal – Semuanya dikecualikan cukai (0%)

Baja – Semuanya dikecualikan cukai (0%)

Perkara Mewarna – Hampir semuanya 0%, Sedikit 5%

Cat & Varnis – 10%

Sealant – 5%

Barang Kosmetik & Minyak Wangi – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Sabun, Wax, Polish – 10%

Penyala, Mancis & Barang Meletup – 10%

Grafit Buatan & Karbon Diaktifkan – Semuanya dikecualikan cukai (0%)

Racun Serangga & Pembasmi Kuman – 0%

Produk Bahan Kimia Yang Pelbagai – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Barangan Plastik – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Barangan Getah – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Barangan Kulit – 10%

Beg – 10%

Peralatan Kuda & Abah-abah – 10%

Kayu & Barangan Kayu – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%, Sedikit 5%

Gabus – 10%

Barangan Buluh & Rotan – 10%

Pulpa Kayu & Sisa Kertas – Semuanya dikecualikan cukai (0%)

Kertas & Barangan Kertas – Hampir semuanya 10%, Ada juga 0%

Barangan Bercetak – Hampir semuanya 0%, Sedikit 10%

Tekstil & Barangan Tekstil – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Kasut – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Barangan Kepala – 10%

Payung & Tongkat – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Bunga Tak Hidup – 10%

Barangan Batu – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Barangan Seramik – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Kaca & Barangan Kaca – 10%

Barangan Tukang Emas – Hampir semuanya 0%, Sedikit 10%

Barangan Besi atau Keluli – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Barangan Tembaga – 10%

Barangan Aluminium – Ada 0%, Ada 10%, Sedikit 5%

Peralatan & Barangan Berasaskan Logam Asas – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Barangan Lain Berasaskan Logam Asas– Hampir semuanya 10%, Sedikit 5%

Jentera, Peralatan Mekanikal & Bahagiannya – Hampir semuanya 10%, Ada 0%, Ada 5%

Perkakas Elektrik – Hampir semuanya 10%, Sedikit 5%

Kenderaan – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Pesawat & Kapal Angkasa – 10%

Kapal & Bot – 10%

Instrumen – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Jam Tangan – 10%

Instrumen Muzikal – 10%

Perabot – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Permainan & Peralatan Sukan – Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Barangan Pembuatan Yang Pelbagai –  Hampir semuanya 10%, Sedikit 0%

Untuk senarai penuh, boleh muat turun Proposed Sales Tax Rates for Various Goods – Fail PDF.
Boleh juga muat turun versi Microsoft Excel yang telah kami sediakan di sini.

Kalau ikut rumusan kami:

Dikecualikan Cukai – 1,468 barang
5% – 464 barang
10% – 1,628 barang

Itu baru cukai jualan, kita beralih kepada cukai perkhidmatan pula.

SKOP CUKAI PERKHIDMATAN

3. Cukai Perkhidmatan di Malaysia adalah satu bentuk cukai tidak langsung seperingkat yang dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu yang dinamakan “perkhidmatan bercukai”. Cukai perkhidmatan tidak boleh dilevi ke atas mana-mana perkhidmatan yang tidak termasuk dalam senarai perkhidmatan bercukai yang ditetapkan oleh Menteri dibawah Jadual Pertama Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 2018.

4. Cukai perkhidmatan dikenakan dan dilevi ke atas barang dan perkhidmatan yang ditetapkan di Malaysia termasuk makanan, minuman dan tembakau.

5. Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (ACP 2018) terpakai di seluruh Malaysia tidak termasuk kawasan yang ditetapkan, zon bebas, gudang berlesen, gudang pengilangan berlesen dan Kawasan Pembangunan Bersama (JDA).

Pengenaan Cukai Perkhidmatan

Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas:

(i) Apa-apa peruntukan perkhidmatan bercukai;
(ii) Disediakan di Malaysia;
(iii) Oleh orang yang kena berdaftar; dan
(iv) Bagi penerusan perniagaan di Malaysia.

Cukai perkhidmatan adalah genap dan kena dibayar apabila pembayaran diterima untuk mana-mana perkhidmatan bercukai yang disediakan kepada pelanggan oleh orang yang kena cukai.

Cukai perkhidmatan tidak dikenakan untuk perkhidmatan import di bawah ACP 2018.

Kadar Cukai Perkhidmatan

Kadar cukai perkhidmatan adalah ditetapkan dibawah Perintah Cukai Perkhidmatan (Kadar Cukai) 2018 dan berkuatkuasa pada 1 September 2018.

Kadar cukai perkhidmatan ialah 6% daripada harga, caj atau premium atas polisi insuran, nilai pertaruhan dan perjudian, dll bagi perkhidmatan bercukai seperti yang ditetapkan dibawah seksyen 9 ACP 2018.

Perkhidmatan Bercukai

Perkhidmatan bercukai adalah apa-apa perkhidmatan yang disenaraikan dalam pelbagai kategori di dalam Jadual Pertama Peraturan-peraturan Cukai Perkhidmatan 2018. Orang yang kena cukai yang menyediakan perkhidmatan bercukai yang dijangka melebihi nilai ambang masing-masing adalah dikehendaki didaftarkan. Kategori dan nilai ambang ini boleh diringkaskan seperti di Jadual 1.

KumpulanPembekal PerkhidmatanI

1. Insurans and takaful 

2. Perkhidmatan Telekomunikasi dan perkhidmatan televisyen berbayar 

3. Ejen Kastam (Tiada Threshold) 

4. Penyediaan ruang tempat letak kereta 

5. Operator perkhidmatan kenderaan bermotor atau pusat pembaikan atau pembekal perkhidmatan kenderaan atau pembaikan 

6. Perkhidmatan kiriman cepat 

7. Sewa dan pandu kenderaan penumpang 

8. Pengiklanan 

9. Penyediaan perkhidmatan penghantaran dan pengedaran elektrik (Threshold tidak termasuk 600-kWh pertama) 

10. Perkhidmatan pengangkutan udara penumpang

HPerkhidmatan kad kredit dan kad cajG

a. Peguamcara dan peguambela 
b. Peguam syarie 
c. Akauntan Awam 
d. Juruukur 
e. Jurutera profesional 
f. Arkitek 
g. Perkhidmatan perundingan tidak termasuk syarikat penyelidikan dan pembangunan 
h. Perkhidmatan teknologi maklumat 

i. Perkhidmatan pengurusan tidak termasuk seperti perkhidmatan yang disediakan oleh: 
i. pemaju, badan pengurusan bersama atau perbadanan pengurusan kepada pemilik bangunan yang dipegang di bawah hakmilik strata; atau ii. pengurus aset dan dana 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cukai SST 2.0 Yang Patut Anda Tahu dan Fahami

Baru-baru ini,  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)  atau Royal Malaysian Customs Department (RMC) telah mengeluarkan dokumen bertajuk G...