Telecommunication waves receiver & booster.
Ramai yg apabila balik kampung selalu menghadapi line telefon yg hanya dpt 2 bar saja. Malah nak layan internet langsung tak boleh.
Ini berlaku kerana transmision tower yg berdekatan terlalu jauh dari tempat kita menggunakan telefon.
Saya juga menghadapi masalah apabila balik kampung. Siap bawa broadband pun tetapi masih tak dpt layar internet.
Sbb saya harus menggunakan labtop utk kerja harian. Sudah tentu perlukan internet. Saya menggunakan line DiGi yg amat strong di Lembah Klang. Tetapi balik ke kampung, line DiGi jadi siput.
Jadi saya buat sendiri telecommunication waves receiver & booster.
Ia berperanan utk menangkap gelombang telekomunikasi dan menyalurkan ke phone atau broadband.
Alat utama ialah wayar. Yg saya gunakan ialah wayar warna hijau yang agak kasar, selalu digunakan utk buat regangan pagar berjaring. Atau ada yg guna utk buat tali penyidai kain.
Saya beli wayar ini yg dah siap digulung 10 meter dgn harga RM10 saja. Murah kan.
Kemudian saya potong 1 meter utk dua bahagian.
Ia dibuat gelungan spt dlm gambar di bawah ini.
Ia perlu dibuang salut penebat wayar itu. Gelungang itu blh dibuat empat segi ataupun bulat je.
Kedua-dua hujung wayar gelungan itu harus disambungkan. Elok guna connector. Bermakna ia lengkap satu "loop".
Gelungan ini dibuatkan dua set. Satu digunakan sebagai receiver yg diletakkan di luar rumah, satu lagi sebagai booster yg diletakkan dlm rumah.
Antara receiver dan booster disambungkan dengan satu wayar. Saya gunakan dawai yg sama tetapi masih kekalkan pembalut dawai yg hijau tu.
Dihujung kedua-dua dawai penyambung itu dibuangkan pembalut penebat lbh kurang 2 kaki panjangnya.
Saya buat gelungan kecil, ia berperanan juga sebagai perangkap gelombang transmisi. Lebih panjang gelungan kecil ni lebih baik.
Jadi, wayar penyambung yg telah tersedia gelungan kecil di kedua-dua hujungnya lalu disambungkan ke connector tadi.
Maka lengkaplah satu recerver dan booster yg disambungkan dgn wayar.
Cara ini dapatlah saya melayari internet di kampung dan phone juga lebih baik receiver.
Ini utk tips hari ini.
Dalam pada itu saya dlm experiment utk buat "free energy system" yg menggunakan medan magnet.
Ini semuanya kerja-kerja yg berkaitan dgn fizik dan sains.
Saya nak buat motor kecil mcm generator yg menghasilkan letrik tanpa menggunakan bahan api.
Ia telahpun bnyk dibuat di luar negara. Tetapi saya harus lakukan sendiri sebagai inovasi tersendiri.
Sebagai seorang jurutera, saya harus memikirkan sesuatu yg inovasi bagi menfaatkan alam semulajadi yg digabungkan dgn ilmu kejuruteraan dan fizik.
Credit kepada
Tuan Hisemudin Kasim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan