Benh Thanh Market dengan view Menara Telekomunikasi Vietnam (seperti Menara Rebung TM Kerinchi)
Hari Pertama
Dari klia pukul 2.20ptg, sampai ho chi minh pukul 4.20 malaysia. Kami naik bas 152 (hijau putih) dari airport ke Benh Thanh Market, bas ni dia drop je kita berdekatan dengan market tu. Pandai pandailah kita cari, masa kami naik bas, bas kosong dan ada seorang orang Eropah perempuan. Lone Ranger traveller. Yang bestnya, harga tikat vnd5k je seorang, bersamaan rm1. Tapi luggage, juga dikira, kami 2org, beg luggage 2, jadi vnd20k lah. keadaan bas yang bersih dan tiada vandalism pada seat dan dinding bas.
suasana dalam bas waktu hujan, sejuk
Bas tadi drop kami depan vietcom bank, berpusing kami cari benh tanh market, puas rujuk google map, waze, printed map dan hampir nak tanya kakak2 situ..masalahnya mereka kurang pandai speaking english.
Gigih kami seret bag2 tu..berpeluh dalam hujan, hujan xlebat masa tu..renyai2, tapi rasa panas bahang.
Kat sini ada grab motor, amazing sangat, tapi motorist sini slow, pastu banyak gila, serabut atas jalan, kalau you all datang sini, pasti bersyukur tgk motorist kat KL
Penat jalan cari hotel, rupa rupanya hotel kami dekat je dengan hotel grand silver, tempat yang sangat banyak kemudahan dan kedai serbaneka. Hotel Hong Vina Benh Tanh. Lokasi bersebelahan Restoran Otak Otak Kg Pandan (Halal). hotel kami tidaklah mewah dan canggih, lift pun sempit, tapi murah la sebab hanya rm93 satu malam, hotel agak bersih dan nice. cuma tiada window.
kalau nak booking tanpa perlu bayar dulu boleh book Hong Vina Hotel
kalau nak booking tanpa perlu bayar dulu boleh book Hong Vina Hotel
Lepas sampai hotel, kami mandi, solat zuhur asar jamak dan tunggu maghrib. Dinner kami makan di restoran OS MAN halal food, kedai bersebelahan dengan kedai basiroh, juga kedai makan muslim, mereka terima bayaran dlm MYR. Selesai makan, kami plan nak cari travel agensi, sebab hari ke2 kami plan nak ke sungai Mekong, plus trip ke kedai2 kain baju kilang kain, madu, ladang buah, river cruise dan makan lunch kt island sungai2 tu.
Sedapkan, ni hanya vnd70k je, antara makanan halal murah kt Malaysian Street dan sedap
Hari ke2
Kami manage to check out dr Hong Vina Hotel BT pukul 7pg waktu vietnam. Ada satu tips utk manage waktu vietnam, semua pakai smartphone kan, so on je lokasi, nanti hp anda akan follow waktu lokal, jika anda pakai smart watch, link je, jam tangan anda akan follow lokal time juga.
Sebelah hotel Hong Vina Benh Tanh, ada restoran yang sedap dan halal, OTAK OTAK Kg Pandan, wow bagus perniagaan org malaysia, buka cawangan makanan halal di area district 1 utk org islam Malaysia, Brunei makan, harga agak berpatutan.
Kemudian kami pindah hotel Ngan Ha Hotel yang betul depan Benh Tanh Market, terus ke kaunter tanya booking kami guna booking.com ada ke tiada, staff hotel kata ada dan, request untuk check in awal, dah level "traveller genius" kan dekat booking.com, so byk privilege yang dapat drpd hotel2 seluruh dunia.
ada tingkap, kecil dan cukuplah untuk rasa tak lemas, kami dapat check in bilik awal sebab ada bilik kosong, lokasi hotel ni betul betul sebelah hotel Avanti, atau seberang jalan je pintu masuk Benh Thanh Market
Boleh booking tanpa bayar kat SINI
AVANTI Hotel juga cantik tapi agak mahal sedikit dan you all boleh booking tanpa bayar SINI
ada tingkap, kecil dan cukuplah untuk rasa tak lemas, kami dapat check in bilik awal sebab ada bilik kosong, lokasi hotel ni betul betul sebelah hotel Avanti, atau seberang jalan je pintu masuk Benh Thanh Market
Boleh booking tanpa bayar kat SINI
AVANTI Hotel juga cantik tapi agak mahal sedikit dan you all boleh booking tanpa bayar SINI
Masuk bilik dan selesaikan personal business, kemudian tunggu travel agency datang kutip kami dengan bas mereka. Kami guna Aminn Travel & Tour, survey kt Bismillah Tour juga best pakej dia, tapi kami decide utk guna Aminn Travel & Tour, mungkin sbb Aliff Syukri pun guna Aminn Travel & Tour semasa mereka kt Vietnam.
7 45pg kami bergerak, kemudian kami singgah kt kedai Hajjah Hawa, kedai borong kain pasang, apa lagi rambang mata. So pening nak pilih..macam jenis cotton ada, vietnam, english, dubai, semuanya nice for textile business. Setelah 45minit hingga sejam dalam kedai tu, banyak juga la habis.
masa perjalan pagi2, awal pagi lagi orang Vietnam dah keluar kejalan raya untuk mencari sesuap nasi
masa perjalan pagi2, awal pagi lagi orang Vietnam dah keluar kejalan raya untuk mencari sesuap nasi
ni kedai Hawa Wholesales & Retail
sini ada jual kain pasang yang belum jahit dan ada juga yang dah berjahit siap baju
kain pasang agak murah dan banyak pilihan
kebanyakkannya Cotton, English Cotton, Dubai Cotton, Vietnam Cotton
beli banyak dapat lagi murah.
Next tempat ke sungai mekong, perjalanan ambil masa 1 jam 45minit, macam2 kami tgk ragam pemandu disini atas jalan raya, kata pakcik yang kami kenal kt Aminn Travel & Tours, ada 12juta buah motosikal bergerak setiap hari dalam Ho Chi Minh City dengan kelajuan purata 30kmh, slow sgt. Even Le Tour de France pu. Lagi laju, kelakar juga, kebanyakn grabbike.
tudung dan telekung solat pun ada, dating pilih je..harga telekung bawah 60-70ringgit Malaysia sahaja
Banyak juga kami pergi ke spot2 tradisional vietnam kt sungai Mekong, bermula dengan seberang sungai dengan bot y besar, tapi kami rasa sangat2 perlahan, dengan bau air sungai yang macam bau ammonia yang kuat, air yang keroh dan panas bahang wap air dr permukaan sungai. Satu yang best, angin dia bertiup seolah2 kita naik boat kt pantai.
suasana pemandangan kami semasa perjalanan dengan mini bas
bas kecil tapi luas dan selesa
aircond sejuk dan ada usb charger setiap tempat duduk
USB charger dalam bas yang kami naik
Keadaan sungai yang agak bergolak kecil seperti tengah laut, tapi tidak merbahaya.
Sampai sahaja di seberang sungai, kami terus ke tempat pembuatan gula gula kelapa. Dpt rasa sikit sorang, gula2 rayanya agak chew dan manis, ingredients gula2 tersebut hanya santan yang di masak dengan madu dan gula. Dimasak sehingga pekat dan chewie.
Selepas 5minit, kami di bawa ke tempat orang kampung yang rata2 mereka memelihara kuda dan ada kereta kuda. Mereka ni akan bagi perkhidmatan secara percuma kepada pelancong, hanya mengharapkan tips money drpd pelancong.
Kemudian kami di bawa naik boat lagi sekali untuk ke tempat ternakan lebah dan madu, kami di tunjukkan bagaimana madu di ternak dan boleh cuba dengan benam jari ke dalam larva lebah yang di penuhi madu.
Begini lah keadaan sungai Mekong dan keadaan airnya yang keroh dan panas, bau ammonia yang sangat kuat,
Selepas itu, kami di persilakan duduk dan di beri minum air tea + madu + limau nipis, saya sendiri membeli madu vietnam sebotol untuk dibawa pulang dengan harga rm20 sebotol. Jika dibayar dengan vietnam dong vnd150k
Sebelum bergerak ke sampan menelusuri anak sungai mekong, sempat kami bergambar dengan ular sawa python yang sangat jinak tapi keras liuk lintuk melingkari badan saya.
Sebelum naik boat, kami sekali lagi di jamu buah buahan tempatan fresh dr ladang, sambil dihiburkan dengan lagu lagu rakyat vietnam serta melayu champa. Best lagu2 yang mereka nyanyi, tapi hanya yang saya faham adalah " bila anda rasa gembira tepuk tangan"
kami dijamu dengan tea madu dengan perahan air limau kasturi, sedap
kami beli sebotol madu vietnam
Setelah 15 minit berada di situ, kami menelusuri lorong kebun buah buahan untuk menuju ke tepi sungai, group kami dapat 4 buah sampan, 4 orang satu sampan, pendayung sampan juga menyediakan servis secara percuma dan hanya mengharapkan tips money daripada pelancong, kehidupan orang kampung sangat sedih, mereka hanya buat kerja kayuh sampan, tidur atas boat atau bangsal bangsal sementara di tebing tebing sungai.
Keadaan anak sungai yang sempit dan air yang keroh serta sampan lalu lalang tanpa henti
laluan sebelum kami sampai ke jeti anak sungai melalui kebun buah yang tak Nampak buah buahnya
Ni kilang gula gula kelapa
Tunggu turn sampan
sampan banyak tapi pengemudi tak ramai
Selepas menelusuri sungai, kami tiba di tepi sungai mekong di satu kedai makan halal food muslim yang di usahakan oleh kaum melayu champa yang beragama islam, kami 16org satu group menjamu selera serta solat jamak zuhur dan asar di restoran tersebut, tempat makan kami sgt cantik dan di bawah rimbunan pokok yang sangat redup, tempat bersih, ada toilet yang sangat proper, tempat wuduk kena jalan sedikit. Komuniti melayu champa sangat sedikit disini, mereka banyak mengusahakan makanan halal di vietnam, bersih, perempuan bertudung dan berkuku pendek.
Selama 1jam setengah juga kami berada di situ, selepas kenyang dan selesai solat, kami menuju ke boat dan kembali ke boat station di mana mini bas yang kami naik parking disitu, okay..berkenaan bas yang kami naik, bas cantik, berwarna merah, luas dan selesa, ada usb charging port, aminn travel juga menyediakan air minuman utk group kami,
ni lah tempat makan kami, tengah2 tu dia letak meja panjang dan cukup untuk kami 14orang makan, ada 3group dalam trip kami kali ni
tempat ni siap ada toilet, surau dan restoran ni di usahakan oleh melayu champa di Vietnam, lokasi betul2 di tepi sungai mekong
Masa makan tengah hari, kami ada bertukar2 pandangan berkenaan ho chi minh, pakej amin travel juga berbeza dengan kami, kami 6orang hanya bayar rm55 seorang shj, tapi ada group mate yang bayar rm100 seorang, ada yang bayar rm60 seorang, kami hanya walk in sahaja, aminn travel hanya berhadapan dengan restoran OS MAN, dalam Roseverse Hotel
Dalam bas yang selesa, kami sekali lg menikmati pemandangan sawah padi yang luas dan besar, kami melalui highway sepanjang 50km, sblm pulang ke hotel, bas yang kami naik singgah di Danny's Wholesale dan kilang pembuatan fabrik dan textile, apa lagi, memboronglah kami, sehingga ada yang duduk bersila memilih kain2 pasang, tudung dan telekung. Ada juaga tshirt dan baju baju blouses.
Pukul 5.30ptg kami pulang ke hotel masing untuk rehat sebelum keluar semula ke pasar malam dan Malaysia streets, dinner? Kami.masak sendiri kat hotel, nasi masak dlm mini rice cooker, lauk pauk kami beli je kt Brahim's ky bangi, panaskan je adan boleh terus makan, makan simple je, rendang ayam 3pack cukup untuk 6org, xboleh mkn byk sebab, kt malaysian street nnt banyak makanan2 yang di jual.
Coffee yang terbaik dan sedap.mengalahkan coffee2 lain walaupun dia guna brand coffee vietnam yang sama, tapi sukatan susu dan serbuk coffee adalah berbeza (saya akan share penjual ait coffee yang sedap dlm entry yang lain)
kebab ayam & daging guna sedap, team.mate kami tiap tiap malam beli kebab tu, sanggup tggu sampai pukul 10 malam,
dalam pasar Benh Thanh masa tangah cari Beg kraft viral
ini kerana Gucci juga keluarkan beg yang sama, maka penuh pelancong China dan korea beli
harga RM40-80
kedai ni belakang Malaysian street, kena berpusing, tiada yang menarik, kebaynyannya tudung sahaja, harga poyula agak mahal
antara kedai2 jual baju kurung dan kain pasang serta telekung di Malaysian Street
keadaan pukul 6.50petang kat Malaysian street
Ativiti pilih dan cek kualiti tudung, baju kurung sehingga bersila dan duduk bersipuh, ni mesti nak beli dan bawa balik jual kat Malaysia.
penjaja disini menggunakan basikal atau motosikal kerana senang untuk melarikan diri bila penguatkuasa datang
keadaan di malam hari di Malaysian Street
sampai Malaysian street, cari kakak ni, dia bancuh kopi sedap dan perwatakan dia sentiasa happy dan sanggup ajar cara nak bancuh kopi sedap, harga? RM3 shaja satu cup yang besar
Kebab ayam dan daging yang sedap, xpayah makan malam, makan kebab kakak dan abang ni je
siap tunggu setiap malam
keadaan malam selepas pukul 9.30mlm, LELONG!!!
MAlaysian Street LELONG PARTY
xsangka ada menara yang sama menara rebung TM kt kerinchi
Sesekali datang penguatkuasa kat malaysian street, maka berseleraklah mereka lari, macam macam ragam kelakar dan lucu boleh tengok, sakit perut kami gelak, comel je gelagat mereka bawak.lari barang jualan dengan motosikal.
Salah satu sebab mereka berniaga dengan basikal atau motosikal adalah supaya mereka senang melarikan diri bila penguatkuasa datang, saman bukan murah untuk mereka bayar. Harga air coffee susu yang sedap semurah rm3 shj, rasa coffee yang kuat dan lembut boleh pilih.
Sementara menunggu wife masing2 pilih kain pasang, baju kurung cotton, kami yang lelaki2 ni akan ronda2 malaysian street dan pasar malam, rata2 penjual disitu pandai berbahasa melayu walaupun agak pelat dan berterabur tatabahasa, tapi mereka cuba, kanak kanak disitu agak fasih bercakap bahasa melayu berbanding ibu ibu mereka, sebutan tak pelat.
Peminta sedekah pun ramai, orang yang sama sahaja yang meminta, kebanyakan mereka dpt makanan free dan mereka ada cukup sempurna anggota tubuh.
Tiba pukul 9.45 malam, malaysian street akan jadi seperti pesta, semakin ramai orang malaysia tiba, lelong semurah rm5 sehelai baju brand under armour, ada yang jual rm10, murah la berbanding harga paling murah dalam Benh Thanh Market, tapi material agak.tebal dan berat sedikit. Sempat beli 3 4helai.
Selepas balik ke hotel, kami kepenatan dan tidur je la sambil2 try out baju2 baru beli siang tu, lepas tu meeting plan untuk esok.
Plan kami adalah ke Linda Wholesales
Plan kami adalah ke Linda Wholesales
Hari ke3,
Lebih banyak tempat2 dan teknik2 nak nego harga dengan penjual2 pasar malam, malaysian streets dan Pasar Benh Thanh, Seperti biasa kami bersarapan di OSMAN halal food, kemudian terus jumpa cik solehah dan tanyakan bagaimana nak ke Linda Wholesale, masa tu agak tengah hari, grab jadi harga 4kali ganda, cik solehah cuba carikan teksi Vinasun dan selepas 5minit, kami dapat satu teksi, harga ikut meter, tapi dalam vnd200k, kami naik toyota innova.
Selepas 40minit perjalanan, kami sampai, susah juga nak cari tempat tu, Jalan 463/f16, pakcik teksi pun pening, jarak dr hotel kami xde la jauh sangat, xsampai 10km je, tapi kat ho chi Minh ni, semua benda bergerak sangat2 perlahan, range 30kmh hingga 40kmh je, tapi yang bestnya tiada standstill jam, sentiasa bergerak.
Agak sesat juga sebelum.sampai, kedai tersebut berada di kawasan perumahan dan ianya sebenarnya rumah 4tingkat. Bila sampai, masing agak excited, yela sebab survey kat blog2 mereka update tempat ni salah satu lubuk beli baju kurung cotton best2, murah berkali kali ganda.
Ground floor utk baju2 lelaki, baru saya tahu kenapa kt malaysia ni banyak sangat kurta kurta yang pelbagai design di jual dengan harga agak mahal, disinilah salah satu tempat mereka buat bulk order. 2nd floor utk kanak kanak dan 3rd floor baju kurung wanita. 4th floor tempat stock clearance. Harga semurah rm20 satu baju, sangat murah, tapi bila kami datang, kebanyakan design2 cantik tiada dan saiz extra large keatas semua.
Kami kecewa sangat dan sehingga hilang mood hari tu, okay kami decide untuk balik ke hotel dan makan tengah hari, kami minta tolong staff disitu utk panggilkan teksi, tapi bagi grab 7seater, 7 seater yang kecil, agak kecewa dan di tambah aircond yang kedekut driver nak tambah sejuk dan kekuatan kipas.
Macam dalam oven bergerak, rata rata driver grab dan driver taxi xtahu berbahasa English, sangat teruk dari segi social skill dan komunikasi dengan pelancong.
Setelah ber"oven" 30minit, kami sampai ke D'serai restaurant, malaysia cuisines, dan kedai ada aircond yang sangat sejuk, agak lega dan kami duduk dan terus order dan makan, harga agak mahal sedikit daripada restoran restoran di malaysian street, di tambah pula caj perkhidmatan VAT 10%, ye lah..fine dining dan portionnya agak sedikit.
Selepas siap makan, kami pulang ke hotel untuk mandi dan refresh serta solat jamak, tapi kami singgah di kedai serbaneka 24hours circle K, harga air mineral agak murah disini hanya vnd11k sahaja berbanding farmasi vnd14k-15k, restoran jual vnd20k. Makan kat ho chi minh ni agak.mahal, rasa bersyukur sangat hidup kt Malaysia dan kuala lumpur masih murah dan mampu serta senang dapat makanan halal yang sedap dan bersih.
Beg viral ni
Kami buat keputusan terus ke pasa Benh Thanh. Saya nak beli baju2 running dan baju tshirt berkolar untuk golf (kawan yang kirim) salah seorang daripada group.kami dapat harga rm20 sehelai, cari punya cari, dapatlah rm30 nike golf dan adidas rm25 serta under armour juga rm25. Disebabkan dah waktu petang, agak susah untuk tawarkan lagi harga, berbeza waktu pagi dan kita jadi 1st customer dan boleh bayar dalam vietnam Dong, mereka sanggup bagi sahaja harga yang kita minta, waktu petang kena ada inner strenght masa buatvtawar menawar, contohnya jika harga diberi rm60 kita terus sahaja bg harga rm25. Kalau letak harga kita rm20 lagi bagus. Disebabkan modal hanya rm100, tawar menawar jadi agak sengit, tarik menarik, mimik muka dan agak tegang juga penjual hanya bagi sehingga rm105 shj untuk 4helai baju.
Jejaka Maskulin kena pakai Beg SUPERDRY JAPAN OUTDOOR ni
baru ada gaya, boleh bawa ke pulau atau aktiviti diving and snorkeling nanti
Bila nampak dah tiada harapan, saya nak pergi ketempat lain, kedai lain, dia panggil dan setuju rm100 untuk 4helai tshirt berkolar. Ambil, terus bayar dan pergi dari situ.
Selesai disitu, kami pergi ke tempat jual handbag viral, yang bulat serta diperbuat daripada rotan halus, cantik, harga boleh dapat dengan harga rm45-50 untuk saiz medium, harga paling murah kat malaysia rm120 dan agak mahal, masa pilih2 tawar menawar pun kami dapat confirm buyer drpad terengganu, apa lagi, terus sambar la 2,
Keadaan MAlaysian Street pada hari siang dan jumaat
Balik ke hotel, siap2 untuk masak dinner seperti biasa, masak nasi, lauk Brahim's lebih jimat.
Aktiviti malam, kami akan ke Malaysian Street lagi sekali, seperti biasa, all ladies akan survey dan beli, cari dan beli, balik test dan xpuas hati pergi lagi sekali, tapi mlm ni agak meriah dengan pasar malam y lebih meriah daripada malam2 lain. Hanya malam minggu sahaja akan ada aktiviti lelong baju baju serta tudung tudung serta telekung.
Kami sempat beli lagi beberapa baju lelong dan sudah tentu kopi susu sedap.
Hari ke4, adalah hari terakhir kami kat Ho Chi Minh, pagi pagi lagi kami bangun dan sarapn masak sendiri dalam bilik hotel, kemudian terus ke pasar Benh Thanh untuk shopping running tshirt, dengan harapan dapat harga rm15/pcs. Dan yeahh kami dapat, beli dalam 3 helai dan tambah lagi 3helai long sleeves for all ladies. Kemudian kami plan nak.makan lunch dahulu sebelum ambil aorport transfer taxi. Okay, problem comes up, kami 6orang, beg ada 9beg besar xtermasuk hand carries.
Di kalangan kami terus sebut cik solehah daripada Aminn Travel & Tours, harga airport transfer 7seater yang disediakan oleh hotel berharga vnd180k, jadi kami sepatutnya mesti book 2buah, supaya muat bagasi luggage kami, tapi kami pergi book bas mini dengan cik solehah, kos rm90.00. Itu adalah kesilapan saya kerana membiarkan orang lain membuat keputusan tanpa berbincang, kerana airport transfer 7 seater hanya vnd180k bersamaan rm30 sahaja jika booked 2 buah akan jadi kos rm60 sahaja, ini kerana kami xmahu terpisah.
Tapi its okay, seronok juga naik bas ke airport, rasa rileks sahaja.
Sampai ke airport, kami terus ke kaunter bagasi check in dan timbang berat, yang untungnya kalau pergi ke tempat2 shopping travel holiday ni, saya sarankan guna Malindo air atau Malaysia Air, kerana setiap pessenger aka dapat atleast 25kg free cargo luggage dan satu kali food dan drink treatment free dalam flight, contohnya Malindo Air akan bagi cup cake & lasagna with cheese, sedap sangat, kenyang. Lagi pun flight leg room sangat luas serta selesa, dan ruangan kabin yang banyak dan luas, mereka juga sediakan drink cold dan panas, minta je dengan flight attendant, kelihatan beberapa orang kanak kanak minta lebih box of lasagna dan cupcake.
Hidangan makan dalam Malindo Air
Cupcake dan Lasagna serta Air kosong dan Air Manis (boleh pilih)
kalau tak malu minta extra
Dalam flight juga ada entertainment, boleh layan movie sampai lebam, tapi flight kami hnya 2jam, so movie pun xsempat habis, ops..lupa nak bagi tahu, jangan lupa bawa earphone sendiri jika flight hanya 2jam keatas kerana earphone akan disediakam jika flight 4jam keatas sahaja.
Pukul 7.20mlm waktu malaysia kami sampai ke KLIA, setelah selesai semua, bagasi pun kami dah ambil dan immigration gate pun dah lepas, dan waktu yang mendebarkan adalah untuk bawa bagasi bagasi besar melalui pintu yang di jaga pihak kastam malaysia, kami ber enam terpisah dan semua orang bawa bagasi masing untuk mengelak random pick untuk bagasi inspection oleh kastam malaysia.
Alhamdulillah kami semua lepas, itulah kelebihan travel guna KLIA berbanding KLIA2 yang mewajibkan semua penumpang flight daripada oversea scan bagasi mereka.
Kami akan sajikan setiap detik gambar gambar daripada smartphone kami. Visual video agak kurang memuaskan tapi cukup untuk simpanan memory kami
Jika kami ke Ho Chi Minh lagi, kami hanya akan mengambil City Travel Pakej sahaja, kerana sungai mekong xbest bagi kami, kat terengganu lagi seronok,
Me & Partner Favourite are Island Hoping, snorkeling and swimming.
bawa drpd malaysia
bawa MAggi pedas giler tapi takut makan pedas sebab takut sakit perut
Selipar yang di sediakan oleh Hotal Ngan Ha (betul2 depan Pasar Benh Thanh
~semoga dapat menjadi rujukan pembaca yang ingin pergi ke tempat2 menarik dan shopping kain baju di Vietnam~
JM~3couple travel diaries
Tiada ulasan:
Catat Ulasan