Selasa, 3 April 2018

10 Booster Yang Menaikkan Nilai Hartanah


Orang kaya akan memilih tempat yang sunyi dan tidak bising untuk kehidupan yang lebih baik dan kemajuan perusahaan yang di miliki


Semakin banyak booster yang ada, semakin ramai orang berkerumun di kawasan itu. Tahu-tahu saja, kawasan tersebut jadi kawasan ‘hot spot’. Jadi makin ramailah yang ingin melabur dan membeli hartanah di kawasan tersebut. Hasilnya, nilai hartanah di kawasan tersebut akan naik!


1. Infrastruktur



Yang ini keperluan ‘basic’- lebuhraya dan pengangkutan awam wajib ada.

Tapi ingat! Ciri- ciri lebuhraya berdekatan yang kita nak ialah dekat dengan ‘entrance’ atau ‘exit’, bukan dekat tepi lebuhraya. Nanti bising dan udara tercemar.

Sama juga dengan pengangkutan awam, kita nak supaya rumah kita dekat dengan STESEN pengangkutan awam, bukan dekat dengan laluan pengangkutan awam yang bising. Jarak di antara rumah dan stesen pengangkutan awam seeloknya dalam radius 1 kilometer iaitu jarak jalan kaki. Jika terdapat ciri-ciri ini, barulah kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut dikira hebat.

2. Pusat Membeli-Belah


Sebelum itu, perlu tahu tak semua pusat membeli-belah boleh ‘boost’ nilai hartanah. Keadaan dan direktori pusat membeli-belah sangat memainkan peranan. Pusat membeli-belah yang ideal perlu ada pasaraya, medan selera, tempat letak kereta, panggung wayang, dan zon kanak-kanak. 

3. Pusat Pengajian


Pusat pengajian dijamin boleh menaikkan nilai sesebuah hartanah. Sebuah universiti mempunyai beribu-ribu pelajar dan beratus-ratus pensyarah serta staf dan sudah pasti mereka akan mencari rumah berdekatan universiti. Begitu juga dengan sekolah antarabangsa yang akan menarik minat golongan ekspatriat untuk mendiami atau menyewa di kawasan ini.
Semakin banyak permintaan, semakin tinggi nilai rumah.

4. Kawasan Industri


Sama seperti pusat pengajian, kawasan industri akan mendatangkan beribu-ribu pekerja yang akan memburu rumah di kawasan berdekatan. Sebagai contoh, kilang, lapangan terbang, dan kawasan industri antarabangsa yang dipenuhi golongan ekspatriat. Nilai hartanah berdekatan kawasan ini gerenti akan meningkat.

5. Hospital


Kewujudan hospital juga membolehkan nilai hartanah di sesebuah kawasan meningkat. Kemudahan ini penting dan sangat diambil kira terutama oleh golongan berumur dan warga emas.

6. Pusat Hiburan


Pusat hiburan misalnya Legoland, Kidzania, mahupun ‘fun fair’ boleh menjadi tarikan pengunjung untuk melawat ke kawasan tersebut. Jadi, hartanah berbentuk homestay atau hotel sangat sesuai dibina di kawasan-kawasan seperti ini. Nilainya pasti tinggi dek kerana permintaan yang tak putus-putus.

7. Pemandangan


Pembeli rumah sangat gemarkan pemandangan kehijauan atau kebiruan seperti taman-taman, kelab golf, kolam renang, dan tepi laut. Inilah sebab kadang-kala unit rumah berlainan harganya walaupun jenisnya sama. Unit yang mempunyai pemandangan lebih cantik lebih tinggi nilainya.

8. Pusat Tarikan Pelancong


Malaysia menerima purata kunjungan pelancong seramai 2 juta orang setahun. Bayangkan berapa ramai pelancong dan pengunjung yang akan berlumba-lumba mencari hotel dan juga homestay berdekatan pusat tarikan pelancong seperti KLCC, Sunway Lagoon, Jonker Street, dan sebagainya. Begitu juga kepada golongan ekspatriat yang gemarkan kediamaan di kawasan ‘hot spot’ ini. Jadi, wajarlah hartanah berdekatan pusat tarikan pelancong meningkat nilainya.

9. Projek Mega


Syarat projek mega mestilah bernilai RM1 bilion ke atas. Mengapa hartanah berdekatan projek mega akan naik? Seperti namanya sendiri, projek mega bakal mendatangkan sesuatu yang besar. Ia berpotensi menjadi mercu tanda atau pusat komersial yang menjanjikan peluang pekerjaan yang besar di mana pada akhirnya akan mendatangkan permintaan hartanah yang tinggi di kawasan berdekatan. Contoh projek mega ialah Bandar Malaysia di Sungai Besi dan Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur.

10. Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD)


TOD ialah hartanah bercampur seperti rumah, pejabat, dan runcit yang disokong oleh infrastruktur rel. Dalam kata lain, pembangunan ini bersambung terus ke laluan MRT dan LRT. Ramai pembeli hartanah sekarang memburu kawasan TOD ini sebab sesuai dengan gaya hidup bandar moden. Disebabkan rebutan ini, rumah yang dibina dalam kawasan TOD makin meningkat nilainya.

-JM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cukai SST 2.0 Yang Patut Anda Tahu dan Fahami

Baru-baru ini,  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)  atau Royal Malaysian Customs Department (RMC) telah mengeluarkan dokumen bertajuk G...