Genting Highland (GH) sebagaimana yang kita tahu, ia adalah tempat yang paling sejuk di semenanjung Malaysia.
Melakukan perjalanan kesana agak mencabar dan jika kemahiran pemanduan anda beginner anda dinasihatkan mengambil public transport seperti bas atau skycable.
Sejak awal tahun 2018, Genting Highland Premium Outlet dibuka, tempat tersebut dipenuhi setiap hari dan kebanyakan pengunjung juga adalah daripada kalangan orang melayu sama ada mereka datang dengan keluarga serta trip dengan kawan kawan. GPO ni menawarkan harga yang lebih murah daripada butik2 premium di Kuala Lumpur. Cuma kami ingatkan supaya berhati hati jika membeli barangan fragrance/make up kerana kebanyakkan yang dijual murah kerana tarikh luput sudah hampir dan ada juga dah expired.
Jika anda menginap di GH anda akan mendapat kesukaran untuk mencari makan malam atau sarapan pagi yang halal dan harga berpatutan.
GH menerima pelancong luar negara hampir setiap jam, jadi kewujudan Malaysian Food Street adalah sangat dialu alukan, tetapi Malaysian Food Street ini non halal bagi pengunjung islam, dan kebanyakkan premium restoran menawarkan makanan non halal dan halal, ia amat meragukan bagi pengunjung muslim.
Genting mengambil inisiatif yang terbaik dengan membuka sebuah medan selera yang 100% halal, lokasinya adalah di bawah CinemaMax, G floor, meja dan kerusi sangat banyak serta kemudahan tempat basuh tangan.
Jenis jenis makanan pula seperti Nasi Bariyani Ayam/Daging/Ikan, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Lemak, Variety Noodle dan Variety Western delight, minuman pula bermacam jenis ada,
Harga? Paling mahal RM12.00-RM23.00 agak murah jika dibandingkan dengan restoran premium lain
Akhir sekali, pembinaan outdoor theme park CenturyFox masih jauh lagi perjalanan untuk siap dan di buka, nanti kami akan kongsikan beberapa gambar exclusive bersama kabus sky timelines yang super cantik.
progress pembinaan outdoor theme park
nice sky view
antara pemandangan yang sangat cantik pada waktu pagi
pemandangan yang cantik dari bilik theme park view
Untungnya dapat bilik theme park view adalah, bilik tidak berbau rokok bila kita buka tingkap, bilik bilik di hotel first world tidak mempunyai penghawa dingin dan ianya lebih nyaman tanpa penghawa dingin
~JM 30hb March 2018
Tiada ulasan:
Catat Ulasan